salam n ii to everyone. wah. dah lebih 12 jam aku x bukak fb aku. well. xde r susah sgt an. haha. agpn ape la ade kat fb tue. ish3. haha. tgk je r esok. kalo rajen aku bukak kalo malas so tetap x bukak. haha. ok la. tadi dgr halaqah kat tv9 bercerita tntg sulan muhammad al-afteh. pemimpin dari sebaek-baek pemimpin.ok. nk citer sedikit tntg pemimpin hebat ini
sebelum tue nk bagi sebuah hadis. rasulullah s.a.w bersabda yg mafhumnya bermaksud: kota konstantinopel akan dibuka oleh seorang pemimpin dari sebaik-baik pemimpin. dan oleh tentera dari sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad al-fateh ini dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah. tapi beliau telah disebut oleh Rasulullah s.a.w 800 sebelum kelahirannya lagi berdasarkan hadis tersebut. seorang sahabat baginda s.a.w. Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid ketika kerajaan umayyah cuba menawan kota konstantinopel. beliau bewasiatkan agar beliau dimakamkan di bawah kubu kota konstantinopel. apabila ditanya mengapa beliau menjawab : aku ingin mendengar derapan kaki kuda pemimpin dari sebaik-baik pemimpin.
Sultan Mahmud Al-fateh telah menaiki takhta kerajaan usmaniyyah ketika baginda berusia 19 tahun. Beliau merupakan seorang yg amat tawaduk. ini dapat dilihat ketika baginda mengarahkan supaya dibina benteng Rumeli Hisarri yg bermaksud benteng orang2 Rom. ketika pembinaan benteng tersebut baginda sendiri membuka baju dan serbannya dan mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama serta menteri-menteri turut serta
Sultan Mahmud Al-fateh telah mengkaji bagaimana utk menakluki konstantinopel ini 2 tahun selepas baginda naik takhta. baginda mengkaji kelemahan konstantinopel dan kegagalan penaklukan yg dahulu. Baginda juga mengarahan agar dibina peralatan perang yg paling moden ketika itu iaitu meriam besar yg boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Baginda juga membawa para ulama dan pakar motivasi utk menaikkan semangat jihad para tentera. ketika smpai di kubu konstantinopel, baginda mengarahan agar dilaungkan azan dan solat berjemaah. penduduk byzantine gempar ketika melihat 150 000 tentera islam bersolat jemaah bersama pemimpin mereka disertai laungan takbir memecah kesunyian alam.
setelah segala persiapan diatur, baginda menghantar utusan utk raja konstantinopel (Byzantine) agar menyerah. tapi raja kosntantinopel enggan mengakibatkan kota tersebut dikepung. konstaninopel dihujani oleh peluru selama 48 hari. hanya dinding luar sahaja yg rosak tapi dinding tngah kota tersebut masih kukuh. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar menggunakan menara bergerak yg lebih tinggi dari dinding kubu konstantinopel. tp apbila menara tersebut dimusnahkan apabila smpai ke dinding tengah kubu tersebut.
Pope Vatican telah memberi 5 buah armada serta merentangi Perairan Teluk Golden Horn dgn rantai besi. ini menyebabkan kapal2 Sultan Muhammad Al-fateh tidak boleh belayar sekaligus menaikkan kembali semangat tentera byzantine. namun kegembiraan mereka tidak lama. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar kapal2 tersebut dinaikkan keatas gunung dan dilancarkan ke laut mengguna darat. ini telah dipersetujui oleh para pengkaji barat sebagai rancangan perang terbaik dunia. sehinggakan ahli sejarah Byzantine mengatakan :
Tidaklah kami pernah mendengar atau melihar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-fateh telah menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapal di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-fateh dgn usahanya ini telah mngatasi Alexander The Great.
kapal2 perang byzantine telah habis terbakar dek bedilan meriam sultan Muhammad Al-fateh. pada malamnya baginda mengambil kesempatan utk meniupkan semangat pada para tenteranya dan mengingatkan pada hadis Rasulullah s.a.w. paginya tentera usmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dan merobohkannya dgn lastik besar. byzantine bertindak balas dan ramai yg gugur syahid. baginda mengarahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan hingga ke tengah hari.
pengepungan 53 hari tnpa sebarang tanda-tanda kejyaan telah mnyebabkan para tentera timbul rasa bosan. di saat ini lah Sultan Muhammad Al-fateh bertitah : wahai tenteraku. aku sedia mati di jalan Allah. siapa yg mahu syahid ikutilah aku. mendengar titah itu, seorang tentera baginda Hasan Ulubate dan 30 org lagi tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu konstantinopel. semua mereka mati syahid akibat panahan tentera byzantine
tapi kesyahidan mereka tidak sia-sia. ianya telah membuka jalan kepada tentera usmaniyyah utk terus melancarkan serangan bertubi-tubi keatas konstantinopel. akhirnya pada tanggal 20 jamadil awal 857 Hijarah kota konstantinopel berjaya ditawan. sultan Muhammad Al-fateh telah menukarkan nama kota konstantinopel kepada Istanbul (Islam keseluruhannya) serta menukarkan gereja St. Sophies kepada Masjid Aya Sofia. baginda kemudiaannya melumurkan tanah ke dahi dan melakukan sujud syukur. sejak dari itu beliau dikenali sebagai Al-fateh yg bermaksud menang
mengapa dikatakan sultan Muhammad al-fateh ini sebaik-baik pemimpin dan tenteranya sebaik-baik tentera. mari kita kupas. ketika perjalanan ke kota konstantinopel, Sultan Muhammad al-fateh ingin mnguji tenteranya. baginda bertitah : sebentar lagi akan ade satu kawasan yg subur dgn anggur. jangan kamu ambil walau sebiji pn. setelah melalui kwasn tersebut, utusan baginda kemudian berkata. Sultan Muhammad sedang gering dan memerlukan anggur untuk sembuh. barang siapa yg ade anggur sila la bawa kehadapan. ternyata tiada seorang pn tenteranya yg mengambil anggur dari kawasan tersebut. yakinlah Sultan Muhammad Al-fateh bawaha tenteranya lah yg dimaksudkan dalam hadis tersebut.
pada kali pertama solat jumaat mahu diadakan, timbul persoalan siapa yg layak menjadi imam. kemudian baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri termasuk baginda sendiri. kemudian bertanya :siapa yg dari baligh hingga sekrang penah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk. tiada siapa pn yg duduk kerna mereka tidak pernah meninggalkan solat fardhu. kemudian baginda bertanya lagi siapa yg penah meninggalkan solat rawatib sila duduk. sebahagian tenteranya duduk. dan sekali lagi baginda bertanya siapa yg sejak baligh penah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam sila duduk. kali ini semua tenteranya duduk kecuali baginda. Sultan Muhammad Al-fateh tidak penah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud walaupun sekali. inilah yg dikatakan PEMIMPIN DARI SEBAIK-BAIK PEMIMPIN DAN TENTERA DARI SEBAIK-BAIK TENTERA.
sekian. kisah seorang pemimpin agung.. kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini. =)
No comments:
Post a Comment