pembaca

Friday, April 29, 2011

khutbah jumaat

salam n ii to everyone. ari nie aku nk tulis pasal khutbah yg aku dgr ari nie coz dpt permintaan dari top follower aku. haha. so khutbah ari nie tajuk dye kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. so spt mane yg kite sume taw mmg bnyk lah kebaikkn yg kita dpt dari selawat kpd baginda s.a.w. Allah berfirman dalam surah Al-ahzab " Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat keatas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai org2 beriman berselawatlah kamu keatasnya dan ucapkanlah salam dgn penuh penghormatan".

maksud Allah berselawat kpd baginda s.a.w ialah bkan mcm kita berselawat kpd baginda tp Allah memberi rahmat kepada baginda s.a.w.dan malaikat pula beselawat ke atas baginda kerana malaikat diciptakan oleh Allah dari cahaya tanpa nafsu namun baginda s.a.w yg
tanah dan memiliki nafsu mampu utk menundukkn nafsu baginda s.a.w utk berbakti dan taat kpd perintah Allah.
antara kelebihan berselwat ialah kita akn dpt syafaat dari baginda s.a.w masa hari kiamat nanti berdasarkan sabda baginda s.a.w yg mafhumnya bermaksud " barangsiapa yg berselwat keatasku sepuluh ali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang, dia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat. syafaat nabi pada hai kiamat ialah
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda yg mafhumnya:
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"
jadi konklusi khtubah nie, kelebihan selawat ialah:
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment