salam and ii to everyone. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya bermaksud : Barangsiapa yang mengatakan atas namaku padahal aku tidak mengatakan, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka. sanad hadis ini ialaha hasan. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang mafhumnya: Barangsiapa yg membicarakan suatu pembicaraan mengenaiku (membacakan satu hadis mengenaiku) di mana ia terlihat berdusta maka ia adalah salah seorg dari pendusta. Hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim. Hadis2 diatas merupakan larangan tegas mengadakan hadis palsu. tapi kalo tgk ari nie mmg bnyak hadis palsu disebarkan nak2 skrg nie ade facebook. mcm2 hadis keluar.
yang terbaru hadis mengenai rokok. aku sertakan petikan hadis berkenaan. Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” .
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah
tanaman yang keji”
aku kemukan beberapa hujah tentang kepalsuan hadis nie.
1) hadis nie x diriwayatkan dari mana2 kitab2 hadis yang sahihnya ataupun yg dhaifnya
2) Majlis Fatwa Kebangsaan sukar utk mengharamkan rokok sbb tiada larangan khusus dalam al-quran ataupun sunnah tntg haramnya rokok. kalo ade senang la utk haramkan. so terbukti hadis nie direka sbb majlis fatwa kebangsaan xtaw tntg hadis nie
3) hadis nie baru saje dikenalkan. selama nie x penah ade pn lagi hadis tntg rokok
tapi ape2 pn rokok telah difatwakan haram berdasarkan Qisas. bnyak sebab2 haramnya rokok nie antaranya yg paling utama ialah membahayakan kesihatan. jadi rokok tetap haram cuma hadis nie palsu. jadi kawan2 be careful. jangan menyebarkan hadis nie sbb Rasulullah s.a.w telah melarang keras mengenai penyebaran hadis palsu. sebelum share atau post sumting kat facebook, TOLONG LAH CHECK BETUL2 DULU MAKLUMAT TERSEBUT. JANGAN KITA MENANGGUNG DOSA BERSUBAHAT..
ok. that its for now. be careful with what u post or share.
p/s: teringat pada seorg sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak penah menyebut nama baginda s.a.w kerana takut membuat dusta terhadap baginda s.a.w. jika beliau tersebut nama Rasulullah s.a.w beliau akan menangis kemudian akan menyambung dgn suara teresak2 dan berkata "insyAllah Rasulullah s.a.w telah bersabda". sedangkan beliau adalah seorg yg rapat dgn baginda s.a.w sehingga org laen menyangkakan beliau adalah ahli keluarga baginda s.a.w. bayangkan seorg yg rapat dgn baginda pn begitu takut utk mnyebarkan hadis baginda s.a.w tapi kita yg hidup berjauhan dgn Rasulullah s.a.w tanpa usul periksa menyebarkan hadis2 baginda..
No comments:
Post a Comment