Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut.
“Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika andamenghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaanpemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting.Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini"
No comments:
Post a Comment